ORIKAMI - Usagi

Usagi  adalah perkataan dalam bahasa Jepun yang membawa maksud "Arnab (rabbit)". Arnab adalah pendiam dan pemalu, nakal dan kelakar. Pada masa dahulu arnab juga dikaitkan dengan kesuburan dan kelahiran semula, dan juga musim bunga.
ORIKAMI - Sakana

Sakana  adalah perkataan dalam bahasa Jepun yang membawa maksud "Ikan (fish)". Ikan kebiasaannya menjadi simbol kegembiraan, sihat dan kebebasan. Ikan juga menjadi simbol keberanian, kekuatan dan kesungguhan kerana sifatnya yang tabah berenang melawan arus air.

ORIKAMI - Tsuru

Tsuru  adalah perkataan dalam bahasa Jepun yang membawa maksud "Burung Jenjang (crane)". Burung Jenjang adalah simbol umur yang panjang. Cerita rakyat lama masyarakat Jepun percaya burung Jenjang boleh hidup selama 1,000 tahun. Burung Jenjang juga adalah simbol kegembiraan, tuah dan keamanan.

ORIKAMI - "Origami"

ORIKAMI adalah nama terbitan asal perkataan bagi sebutan "Origami". "ORI" atau "ORU" bermaksud melipat, manakala "KAMI" bermaksud kertas. Berdasarkan peraturan sebutan Rendaku Jepun maka sebutan ori-kami disebut sebagai ori-gami. Origami adalah hasil lipatan kertas semata-mata tanpa menggunakan gam dan gunting. Lipatan tersebut mempunyai garisan tersembunyi atau sengaja disembunyikan yang membentuk arca kertas sempurna.

ORIKAMI is the original term or "Origami". "ORI" or "ORU" means ; to fold, and "KAMI" means ; the paper. Based on the rules of Japanese pronunciation (Rendaku), orikami has been pronounce as origami. Origami is about folding a paper without using glue and scissors. These folds had hidden lines that make the perfect paper sculpture.

Kenapa QR code?
Karya yang dilihat dalam setiap "ORIKAMI" hanyalah garisan yang membentuk sebuah karya 2D Origami. Sedangkan originaliti Origami adalah karya 3D yang dibentuk dari garisan lipatan yang tersembunyi. QR Code adalah sebagai penghubung kepada kedua-dua intrepretasi tersebut.

Why QR code?
Every ORIKAMI artworks is an outline of a drawing of 2D Origami sketch. The idea is to memorable the hidden lines. But, Origami is originality built in 3D structure. Thus, QR Code has been used to link both interpretation or dimension.